
Dunia bersedih di atas kematian lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona, pada Rabu 25 Nov di usia 60 tahun.
Selepas bersara dari dunia bola sepak pada 1997, mantan pemain Napoli, Barcelona, dan Boca Juniors itu sempat menjadi jurulatih, termasuk melatih pasukan Argentina.
Namun, ada sesuatu yang unik mengenai lagenda bola sepak ini yang tidak kita sedari iaitu Maradona kerap memakai dua jam tangan.
Perkara itu disedari para media semasa perlawanan Piala Dunia 2018. Jadi, apakah alasan Maradona mengenakan dua jam tangan?
Sememangnya Maradona sudah menggunakan dua jam tangan sejak 2004 lagi dan alasan dia memakai dua jam tangan bukanlah kerana fesyen.
Maradona mengenakan dua jam tangan setiap kali dia keluar agar selalu tahu waktu di rumahnya dan waktu setempat.
Satu jam tangan diselaraskan ke waktu Argentina, manakala satu lagi ke waktu tempatan di mana pun dia berada.
Misalnya, ketika melakukan perjalanan ke Rusia untuk menyaksikan Piala Dunia 2018, perbezaan waktu enam jam lebih awal di Rusia daripada waktu Argentina.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]