Cover image via
@sayangchantek (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tambahan lagi ayam goreng yang rangup, bukan saja menjadi favourite kanak-kanak, yang dewasa pun memang gilakan ayam goreng tersebut. Disebabkan mudah dan murah, makanan segera sentiasa menjadi pilihan apabila ingin keluar berpiknik atau melakukan aktiviti luar yang lain.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan remaja menemui name tag dalam bucket KFC yang telah dibeli mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan remaja sedang meluangkan masa berpiknik di tepi pantai bersama rakan-rakan mereka.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila mereka menjumpai name tag pekerja KFC bernama Syahira di dalam kotak ayam goreng yang baru dibeli. Mereka dengan selamba merakam TikTok menjerit nama Syahira sambil merakam ke arah kotak itu.
Lebih seronok lagi apabila tuan punya name tag perasan video tersebut dan meninggalkan komen “Kak, ya Allah maaf tau betul betul tak perasaan. Thank you sanggup hantar semula”, tulisnya.
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai pula netizen yang bernama Syahira muncul dan meninggalkan komen terasa diri mereka dipanggil.
Ketika artikel ini ditulis, video itu mendapat 943K tontonan, 93K tanda suka dan 2K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: