Cover image via
@sayamisilin (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perkara itu bukan saja memudahkan, ia juga menjimatkan masa dan tenaga. Kadangkala, ada barangan yang lebih murah dijual secara online berbanding di kedai fizikal.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang gadis membeli face mask secara online namun produknya nampak pelik itu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang merakam dirinya memakai face mask yang dibeli melalui Shopee.
Dia menunjukkan gambar face mask yang sebenar di Shopee itu. Face mask yang dijual kelihatan cantik, namun apa yang lebih melucukan adalah apabila produk yang sampai itu indah khabar dari rupa.
Face mask yang dipakai kelihatan seperti kupu-kupu dan tidak menutupi rapat bahagian mulut. Perkara itu membuatkan ramai terhibur melihatnya.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 701K tontonan, 38K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat face mask itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: