Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bouquet yang ada di pasaran kini mempunyai banyak jenis dan design cantik. Sebab itu, ia masih menjadi pilihan untuk orang ramai jadikan sebagai hadiah.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila si suami hadiahkan isterinya cincin emas dan bouquet belon telah menjadi tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang suami sedang memberikan hadiah kepada isterinya di depan rumah.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila si suami sengaja menyuruh isterinya membuka ikatan belon sehingga belon itu terbang. Sebaik saja belon itu terbang, isterinya gelabah kerana dia diberitahu cincin emasnya terbang bersama sekali.
Apa yang tidak disangkakan adalah isterinya turut menggulingkan badan seolah-olah seperti hendak pengsan di depan rumah.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 160K tontonan, 5k tanda suka dan 450 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:



