HomeEntertainmentKena Maki Dengan Orang Awam Masa Bekerja, Reaksi Tenang Penguatkuasa Ini Terima...

Kena Maki Dengan Orang Awam Masa Bekerja, Reaksi Tenang Penguatkuasa Ini Terima Pujian

Cover image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mereka ini perlu menjalankan tanggungjawab dan memastikan undang-undang yang sedia ada sentiasa dilaksanakan dan dipatuhi bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan komuniti yang disiplin, aman dan selamat.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di Twitter memaparkan seorang penguatkuasa dimaki oleh seorang lelaki telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang penguatkuasa majlis daerah sedang menjalankan tugasnya di sebuah kawasan.

Namun, tiba-tiba datang seorang lelaki dan terus memakinya dengan mengutuk kerja yang dilakukannya itu. Walaupun penguatkuasa itu dimaki bertubi-tubi, tetapi dia tetap tenang dan melayan makian lelaki berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu kini telah ditahan oleh pihak polis selepas tersebarnya video dia memarahi penguatkuasa itu.

Lihat posting itu di bawah:

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pujian buat penguatkuasa itu kerana tenang dan sabar walaupun sedang diprovokasi.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 169.2K views, 4,209 retweets dan 4,010 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in:

Must Read

Related News