“Kelakar Tapi Takut” – Gadis Ini Kongsi Kesan Sampingan Covid-19 Buat Ramai Gelabah

0
243
Cover image via
@piszesbaby & @ftzln97 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Isu kesihatan ini dipanggil post-Covid-19 symptoms. Tanda dan gejala yang berlarutan bagi penyakit ini termasuklah batuk, sakit dada dan kesukaran bernafas.

Namun lain pula dengan video yang tular baru-baru ini apabila seorang gadis mendakwa giginya patah selepas dijangkiti Covid-19 telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh di bawah:

@piszesbaby

baru Day 1 dah patah satu

suara asli – EURJPY`

Baru-baru ini, tular video seorang gadis yang malu akibat gigi hadapannya patah pada hari terakhir dia berkuarantin.

Kemudian, @piszesbaby pula tampil berkongsi video yang menyatakan beliau sedang positif Covid-19 dan giginya juga baru patah.

Menerusi video tersebut, pada mulanya dia menyangka giginya patah akibat makan coklat namun mula meraguinya.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila ramai netizen yang positif Covid-19 mendakwa mereka juga menghadapi kesan sampingan yang sama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M tontonan, 110.8K tanda suka dan 4399 komen.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata netizen memberi reaksi masing-masing berkenaan video tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: