HomeNEWSKediaman tak terurus disyaki punca pencemaran Sungai Langat

Kediaman tak terurus disyaki punca pencemaran Sungai Langat

Pencemaran sumber air mentah sering berlaku di Selangor sejak akhir-akhir ini akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemilik premis yang bertindak menyalurkan sisa buangan ke sungai. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man mendedahkan terdapat aktiviti yang disyaki boleh menyebabkan pencemaran Sungai Langat dari kediaman tidak terurus di pesisir sungai itu.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Air Selangor sudah membuat siasatan sekitar Jalan Kenangan 6, Hulu Langat.

“Laporan siasatan sudah dimajukan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj),” katanya.

Sungai Langat ialah sumber air kepada loji rawatan air (LRA) Langat.

Pencemaran sumber air mentah sering berlaku di Selangor sejak akhir-akhir ini akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemilik premis yang bertindak menyalurkan sisa buangan ke sungai.

Tindakan itu menjadi punca insiden pencemaran sumber air yang menyebabkan LRA di sekitar Selangor terpaksa dihenti tugas beberapa kali tahun ini bagi proses rawatan air.

Must Read

Related News