@aindzaya (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kadangkala, respon mereka terhadap sesuatu perkara itu memang tak boleh dijangka dan sangat melucukan.
Seperti sebuah video ini yang memaparkan gelagat seorang bayi perempuan pertama kali memegang ais batu telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dikongsi oleh @aindzaya, kelihatan wanita itu cuba membuat sensory activity bersama anaknya dengan memberikan dua ketul ais di dalam mangkuk.
Tujuan aktiviti itu dilakukan adalah untuk melihat reaksi atau respon anak apabila pertama kali memegang benda sejuk.
Namun, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila si kecil itu memegang ais batu di depannya, dia mula menangis kerana mungkin tidak tahan dengan kesejukan ais tersebut.
Tidak lama kemudian, dia cuba untuk memegang ais lagi sekali dan menangis semula. “Tak suka sejuk, tapi nak pegang lagi,” kata ibunya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 440.8K tontonan, 54.3K tanda suka serta 1K perkongsian di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si kecil itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


