@astroarena (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Selain dari bola sepak dan badminton, sepak takraw juga turut mendapat perhatian para peminat suka di negara kita.
Namun, satu insiden lucu telah berlaku kepada pemain dari pasukan Black Panther semasa perlawanan mereka telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi perkongsian video daripada akaun TikTok @astroarena, kelihatan pemain takraw yang dikenali sebagai Mat Oni itu baru saja mendapatkan mata untuk pasukannya.
Tetapi, momen gembira itu bertukar kepada peristiwa lucu apabila gigi Mat Oni tersangkut pula di jaring ketika dia dikatakan ‘menganjing’ pasukan lawan.
Insiden itu sekali gus membuatkan ramai tidak dapat menahan ketawa termasuklah pengadil dan pengulas perlawanan tersebut.
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.5M views, 116K likes dan 6.3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat Mat Oni yang terus tertunduk selepas giginya tersangkut pada jaring itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


