“Kantoi” – Isteri Suruh Suami Telefon Dirinya Guna Apple Watch, Sekali Lain Pula Yang Jadi

0
260
Cover image via @adrianainmalaysia (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Contohnya seperti telefon bimbit kita mempunyai informasi dan segala maklumat di hujung jari.

Malah, fungsinya juga sangat menakjubkan walaupun bersaiz kecil. Jadi, tidak hairanlah mengapa ada yang sanggup berhabis duit untuk memilikinya.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki meminta jam tangan pintarnya untuk membuat panggilan kepada isterinya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@adrianainmalaysia Apple iwatch buat hal! Mmg boikot la lepas ni! #foryou #fyp #foryoupage Oh No – Kreepa

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan suami isteri itu berada di rumah mereka. Si isteri kemudian datang menghampiri suaminya dan meminta untuk menelefon dirinya menggunakan Apple Watch yang dipakai.

Tetapi, apa yang lebih mencuri perhatian adalah sebaik saja suaminya meminta Siri untuk menelefon isterinya, tiba-tiba keluar pula 3 kontak nama ‘my wife’ dalamnya.

Situasi itu membuatkan si suami cuak dan melihat isterinya sambil tersenyum kerana dia sendiri tidak tahu mengapa jadi begitu.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video itu dan memberikan pelbagai reaksi.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 101.4K views, 4,399 likes dan 104 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: