“Kan Dah Kena Bengong” – Anak Cuba Ikut Trend Kongsi Rutin Harian Ini Buat Mak Pecah Perut

0
236

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum ketahui bahawa kita perlu sentiasa duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini dilaksanakan

Hal ini supaya jangkitan penularan wabak dapat dikurangkan. Disebabkan itu, banyak aktiviti yang boleh dilakukan terbatas. Baru-baru ini tular trend kongsi video rutin harian sepanjang PKP di TikTok yang boleh dilihat di laman media sosial.

Sama juga seperti gadis ini yang kongsikan rutin hariannya dengan merakam video bersama ibunya. Video berkenaan telah mendapat tumpuan netizen di Twitter.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cikgu tanya rutin harian pkpd.. aku tak bole gelak sorang tengok mak dia pic.twitter.com/svTdXrT5O3

— (@KMZ_santai) June 24, 2021

Sengaja ‘menipu’ depan mak nak lihat reaksinya

Menerusi video berkenaan, kelihatan gadis itu sedang merakam video perkongsian rutin harian sepanjang PKP bersama ibunya. 

Apa yang lebih menarik adalah apabila gadis itu sengaja menipu dalam perkongsian rutin hariannnya. Lebih melucukan lagi apabila reaksi maknya kelihatan mengekek dan terbahak-bahak tanpa berhenti sebaik saja mendengar penipuan anaknya itu. 

“Setiap pagi saya akan bangun pukul 5”

“Siapa yang bangun pukul 5? Aku ke dia?”

“Kemudian, saya akan menunaikan solat tahajud”

“Menipu, janganlah buat baik sangat, cakap sembahyang subuh sudah lah, tak payah tahajud tahajud semua alaa”

Image via @KMZ_santai (Twitter)

Image via @KMZ_santai (Twitter)

Image via @KMZ_santai (Twitter)

Image via @KMZ_santai (Twitter)

“Paling kelakar bila mak dia cakap mana ada usia macam ni sembahyang tahajud” – Netizen

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi maknya yang terbahak-bahak itu. Malah, ramai yang mengatakan video tersebut paling win. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 291K views, 12K retweets, 2K quotes tweets dan 18K likes di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Mak: penipuTunjal paleMinta nyawaaaa..KahkahLg kelakar dr seniman bujang lapokKihkihAnak: mak fokus. It will be a moment to be remembered.bgus cikgu2 bg keje skolah yg fun n jd aktiviti https://t.co/gtmCMPg3rl matter absurd d ans is. Asian mum. They support ank but nvr lie

— Che Nurul Ain | Emas untuk Semua (@CheNurulAin8) June 24, 2021

Setakat ni, video rutin harian ni terpaling kelakar! Saya kunci jawapan saya hahahaha

— sb (@_syuddd) June 24, 2021

Puas kena tonjol kepala dgn Mak dia

— Gabbar (@oneng_one) June 24, 2021

Malaysia mother 100%

— PenanamTebu (@ShamzJohan) June 24, 2021

Mak dia mmg badaas

— mohd faizal (@mfidris38) June 24, 2021

Hahhahahha kot ya pun bangun tahajud jgn la dpn mak sediakan sarapan pagi hahahaha aku pun gelak

— Hurrem (@naya2786) June 24, 2021

Betul lah apa mak dia kata, bohong semua tu Mana ada budak budak buat semua tu hahaha

— Muhd Mukhriz (@MhdMkhrz) June 24, 2021

I should do this. My mom and dad kene ada dlm video tu hahaha. Confirm kene maki in malay and tamil.

— Akbar Khan (@RedKhan91) June 24, 2021

Mak dia masa cakap allahu allahu tu mcm mak2 korea cakap omo omo omo

— Risi. S (@webarebears001) June 24, 2021

penat gelak dari awal video sampai habis ahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhaahahhahaha

— Sofia (@sofiaabdullah__) June 24, 2021

Kelakor siottt tgk maknya…hihihi

— Remy (@Remy76755038) June 24, 2021

Hahaha pecah pewotty keluar air mata dohhh ketawa,jahat ketawa mak dia

— Herry @Hazz (@Herry_hazz) June 24, 2021

Goli hati den tngok omak eh golak…”tngok baju pun da tau”

— kuntom (@mar_izani910) June 24, 2021

ya tuhan, teringat pulak kat member yang jenis gelak dia lagi kelakar drp lawak dia.

— yeolöl (@yeolotwiit) June 24, 2021

Mak dia memang win lah, terhibur dengar mak dia gelak! 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: