HomeEntertainment"Kalut Sangat Ni" - Gadis Tersalah Pakai Selipar Berlainan Ke Kedai Undang...

“Kalut Sangat Ni” – Gadis Tersalah Pakai Selipar Berlainan Ke Kedai Undang Tawa Ramai

Cover image via
@shaikhnzrllah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ia berlaku tanpa sengaja dan kadangkala tanpa kita sedar pun. Antaranya memakai baju dengan terbalik, memakai selipar berlainan dan banyak lagi.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang gadis memakai selipar yang berlainan pergi ke kedai telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang berjalan di kedai MR.DIY untuk mencari barang.

Apa yang melucukan adalah apabila dia dilihat selamba memakai selipar jamban keluar rumah. Dia tidak perasan selipar yang dipakainya itu berlainan di sebelah kiri dan kanan.

Dia kemudian dilihat baru perasan setelah lama berjalan di dalam kedai. Dengan tidak dapat menahan gelak, dia terduduk sambil tertawa atas lantai.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 588K tontonan, 36K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gadis itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News