HomeEntertainment"Kalau Tak KL Tenggelam" - 5 Juta Meter Padu Air Berjaya Dilencongkan...

“Kalau Tak KL Tenggelam” – 5 Juta Meter Padu Air Berjaya Dilencongkan Ke SMART Tunnel

Cover image via Free Malaysian Today & New Straits Times

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bukan setakat itu, beberapa negeri juga terkesan akibat banjir ini. Antaranya adalah Selangor, Melaka, Pahang dan lain-lain lagi.

Banjir kilat kali ini merupakan banjir paling teruk yang pernah dihadapi oleh rakyat Malaysia. Ramai juga terkesan akibat banjir itu sehinggakan terdapat 9 orang yang terkorban setakat ini.

SMART Tunnel ialah akronim bagi Stormwater Management and Road Tunnel. Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Banjir ini dibina untuk mengelakkan banjir di kawasan yang padat. Objektif terowong ini adalah untuk menempatkan air lencongan yang terlimpah akibat banjir.

Menurut sumber, terowong itu berjaya melencongkan air sebanyak 5 juta meter padu air. Jika terowong ini tidak diaktifkan, kemungkinan besar Kuala Lumpur sudah tenggelam akibat banjir kilat.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, lencongan air banjir ini mula diaktifkan pada 7.45 malam Sabtu lepas.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengaktifkan lencongan banjir dalam usaha mengurangkan impak kejadian banjir”

“Lencongan SMART telah mula diaktifkan sehingga mod 4 pada jam 7.45 malam 18 Disember 2021 sehingga jam 12.00 tengah hari ini, lencongan telah diturunkan kepada mod 1 dengan sebanyak 5 juta meter padu air berjaya dilencongkan sejak semalam,” katanya.

“Air sungai Klang akan masuk ke Kuala Lumpur bercantum di Masjid Jamek (jika kita tidak lencongkan), kita dah keluarkan 5 juta meter padu, dalam keadaan itu pun air masih berada di paras bawah jambatan”, jelasnya.

Image via SAYS Seismik
Image via SAYS Seismik

More stories to read:

Must Read

Related News