HomeEntertainmentKalau Datang Langkawi, Jangan Lupa Singgah Ke Pulau Tuba! Ini Antara 7...

Kalau Datang Langkawi, Jangan Lupa Singgah Ke Pulau Tuba! Ini Antara 7 Tarikan Istimewanya

Cover image via
Wikimedia Commons

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semenjak pengumuman boleh merentas negeri, ramai yang dilihat sudah mula menyerbu pulau-pulau cantik di serata Malaysia termasuklah Pulau Langkawi.

Bukan saja pilihan hotel dan resort yang menarik, malah terdapat banyak tempat-tempat terbaru yang menjadi tarikan para pelancong luar.

Tidak terkecuali dengan Pulau Tuba yang berada bersebelahan dengan Pulau Dayang Bunting. Ramai yang masih belum tahu bahawa Pulau Tuba juga merupakan salah satu tempat pelancongan yang boleh anda singgah.

Oleh itu, kami akan kongsikan beberapa tempat menarik yang anda boleh singgah apabila pergi ke Pulau Tuba nanti:

1. Pantai Pulau Tuba

Pantai Pulau Tuba ini memberikan suasana tenang terutamanya pada waktu petang. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di pulau yang indah ini adalah bermandi-manda bersama kawan-kawan atau keluarga.

2. Tanjung Pandan

Tanjung Pandan merupakan sebuah tempat yang menarik bagi anda yang gemar memancing. Selain itu, ia juga merupakan syurga bagi mereka yang suka menyelam dan snorkeling. Kalau anda inginkan suasana yang memukau, kunjungilah tempat ini pada waktu senja.

3. Mee Udang dan Ketam Tanjung Pandan

Anda peminat tegar mee udang dan ketam? Di sinilah syurganya! Kebanyakan pengunjung yang pernah ke sini akan mengatakan bahawa ia benar-benar sedap. Bayangkan menikmati pemandangan laut di depan mata sambil makan mee udang dan ketam, nikmat tak terkata!

4. Tuba Beach Resort

Tuba Beach Resort menawarkan kawasan pantai peribadi yang privasi. Anda boleh menikmati pemandangan lautnya yang indah hanya melalui dalam bilik. Ia juga menawarkan Wi-Fi dan tempat letak kenderaan percuma. Kolam mandinya juga besar dan boleh dikatakan infinity pool kerana boleh melihat pantai di depan mata. Memang cantik!

5. Jeti Pulau Tuba

Jeti Pulau Tuba sangat terkenal di Langkawi, Kedah selain Jeti Kuah. Anda berpeluang menaiki bot sambil melihat keindahan air laut yang biru kehijauan di sekelilingnya. Jangan lupa bergambar jika anda sampai ke sana kerana ia merupakan port wajib tau.

6. Hutan Simpan Pulau Tuba

Walaupun anda mungkin tidak gemar aktiviti jungle trekking, anda boleh bersiar-siar melalui Hutan Simpan Pulau Tuba. Hutan simpan ini akan membuatkan pencinta alam semula jadi terpesona dengan pemandangan panorama hutan dan pelbagai keunikan bentuk batu-batuan dari zaman purba.

7. Gua Kelawar

Selain gua kelawar di Kilim Geoforest Park, Pulau Tuba juga mempunyai populasi kelawar yang besar di Malaysia. Anda pasti kagum melihat banyak kelawar yang tergantung dan senyap di dalam gua ini. Tetapi, anda perlu mendiamkan diri dan tidak menyalakan cahaya besar di dalam gua kerana akan memudaratkan kelawar. Terdapat lebih 1,000 ekor kelawar menghuni di dalam gua ini.

More stories to read:

Must Read

Related News