“Kalah Kylie Jenner” – Budak Tekap Bibir Guna Penutup Ini Cetus Perdebatan Netizen

0
206
Cover image via
@akusimoody24 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ada sesetengah daripada mereka mempunyai perangai yang suka membawa mainan kesayangan untuk dibawa tidur. Macam-macam lagilah perangai mereka yang tidak dapat dijangka.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak kecil dilihat menekap bibirnya dengan penutup botol semasa tidur telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@akusimoody24

ga tau lagi sama ini bocah kalo ada barang yg dia suka pasti selalu dibawa tidur kemrn masker sampe dibawa tidur dan sekarang tutup botol #manyun #fyp#angelinajolie #bibirdobleh#tiktok#ngakak

suara asli – primadona – primadona

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang tidur nyenyak di bilik sambil dirakam oleh ibunya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat menekap bibirnya dengan penutup botol sehingga bibirnya kelihatan sangat muncung. Ibunya kemudian mengeluarkan penutup botol itu.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@akusimoody24

Balas @wirdaasmt Alhamdulillah bocahnya msh baik2 aja kok dan bibirnya pun udah kembali seperti sedia kala

suara asli – Efitri Elbas – Efitri Elbas

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 15M tontonan, 1.2M tanda suka dan 32K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi itu.

Malah, ada yang menasihati ibunya bahawa perkara itu membahayakan saraf bibirnya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik netizen di TikTok:

You may be interested in: