Site icon Malaysia now

Kabinet akan bincang perubahan laluan HSR, kata sumber

Terdahulu dilaporkan terdapat cadangan untuk menamatkan laluan HSR di Johor Bharu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kabinet belum memutuskan sama ada akan mengeluarkan Singapura daripada Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan akan membincangkan kemungkinan berbuat demikian tidak lama lagi, menurut sumber.

Bercakap dengan FMT, sumber mengesahkan laporan bahawa idea untuk menamatkan laluan di Johor Bahru turut dicadangkan.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan rakan sekerjanya dari Singapura, Lee Hsien Loong, mengadakan perbincangan berhubung projek HSR semalam menjelang 31 Dis yang merupakan tarikh akhir lanjutan projek berkenaan.

Exit mobile version