Cover image via
@ant33ater (Twitter)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak kiralah baik dari tua atau muda, lelaki ataupun perempuan. Kita sememangnya perlu lebih berhati-hati, tambahan lagi buat golongan wanita.
Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai kewujudan group Facebook memaparkan gambar ibu-ibu mengandung yang diambil secara senyap-senyap atau illegal candid telah mencuri tumpuan ramai.
Perkara itu turut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @ant33ater di akaunnya.
Lihat posting itu di bawah:
Menerusi posting tersebut, difahamkan group itu diberi dengan nama Koleksi Mak Buyung Malaysia semata-mata untuk berkongsi pelbagai gambar ibu mengandung.
Beberapa keping gambar screenshot juga turut dikongsi dalam posting tersebut menunjukkan komen-komen jijik mereka mengenai gambar itu.
Malah, gambar-gambar itu diambil secara senyap-senyap dan dikongsi di dalam group itu menjadi tatapan mereka.
Lihat gambar antara komen-komen daripada group itu:
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut mengecam kewujudan group itu. Malah, ada juga yang sedang mengandung takut akan keselamatan diri mereka selepas melihat perkara tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 4,212 retweets, 1,341 quotes tweets dan 3,785 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen netizen di Twitter: