HomeEntertainmentItinerari Trip Bajet Indochina (Vietnam, Kemboja, Thailand) Selama 9 Hari Bawah RM1,000!

Itinerari Trip Bajet Indochina (Vietnam, Kemboja, Thailand) Selama 9 Hari Bawah RM1,000!

Cover image via
Twitter @hawanabillaa

Tapi disebabkan usia masih muda ini jugalah akan terdapat kekangan sedikit terutamanya dari segi kewangan. Kalau boleh nak travel jauh-jauh. Tenaga dan masa ada, tapi duit pula tak ada.

Usah khuatir kerana baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @hawanabillaa telah berkongsikan itinerari percutian bersama kawan-kawannya ke tiga negara Indochina iaitu Vietnam, Kemboja dan Thailand.

Percutian mereka memakan masa 9 hari dan yang paling best sekali, kos percutian itu untuk satu kepala hanya berjumlah RM1,000 sahaja ! Wow, murah betul!

Jom baca itinerari penuh di bawah:

KL – Ho Chi Minh (Flight RM 104)Ho Chi Minh – Muine (Sleeper bus RM 24)Muine – Ho Chi Minh (Sleeper bus RM 24)Ho Chi Minh – Phnom Penh (RM 43)
Phnom Penh – Siem Reap (Sleeper bus RM 59)Siem Reap – Bangkok (bus RM 92)Bangkok – Hatyai (flight RM 65)Hatyai – Padang Besar (train RM 7)

Travel insurance
Takaful Lifecare 360: RM 33.73 (3 negara)

Okay first day kami punya flight pukul 6.55 sampai 8.55 dekat Tan Son Nhat, Vietnam.

Terus ambik yellow bus-109 (20,000 dong = RM 4) untuk ke HCM City.
* tips :keluar arrival hall terus nampak tempat bas, beli tiket.

Check in hotel for 1 night, THE COLOR STAY HOTEL

(298,000 dong = RM 54)/4 person
Seorang RM 13.50

Places covered:
1. Ben Than Market
2. Saigon Central Post Office
3. Notre Dam Chatderal
4. Ho Chi Minh City’s Book Street
5. Malaysian Street

Total cost DAY 1

Grab + Hotel: RM 23.90/person
Makan: RM 25/person

Tips:

JANGAN NAIK PAKCIK BECA DEKAT AREA HCM CITY WALAUPUN DIA CAKAP MURAH (*itu semua scam, gambar di bawah sebelum tahu kebenaran).Sila beli kopi Vietnam sedap dia lain macam. Makanan halal banyak area Malaysia Street, quite pricey kitaorg prefer bawak maggi.Naik grab share 4 org. Jimat.

Pagi hari kedua, kitaorg naik sleeper bas dari HCM (8 am sampai 1 pm) ke Pan Thiet, naik taxi ke Muine. Total dalam 5 jam. Muine ni menarik sebab belum ramai tahu, Grab pon tak ada, cuma ada taxi.

Untuk Muine, kitaorg ambik pakej tour cover 4 tempat ni:
1. Fairy Stream
2. White Sand Dunes + Lotus lake
3. Red Sand Dunes
4. Fishing Village

Total cost DAY 2

Private tour: RM 29/each
(*[email protected] white sand dunes: RM 36)

Grab: RM 14.60/each

Hotel Lang Chai Guesthouse:
RM 65/4
RM 16.25/each

Total cost DAY 2: RM 95. 85

Actually kitorang tak stay one night pun dekat hotel.
Booking hotel sebab sunset tour tu pukul 2 sampai 6 petang.
Bas nak gerak balik HCM pukul 1 pagi.
Lagipun lepas main sunset tour tu korang kena mandi sebab berpasir.

Kitorang booking bus pakai Klook.
Ada ja bas yang direct terus ke Mui Ne korang boleh search sendiri.

Day 3

Bus to Ho Chi Minh 1 am (sampai around 5 am).

Kitorang stay up dekat Masjid HCM untuk mandi and solat before gerak ke bus station untuk ke Phnom Penh.

Bus ke Phnom Penh pukul 8 am.
Take approximately 6 hours ke Phnom Penh.
Ni shared bus. Normal bus seat biasa. Beli ni sebab nak jimat.
Masa naik bas nanti orang bas akan mintak passport sebab nanti dia akan serahkan dekat imigresen border Vietnam – Cambodia.

Okay untuk di Phnom Penh, sampai dalam pukul 2 macam tu, sikit je tempat dapat pergi. BTW tempat yang kitaorg pergi sini semua FOC.

1. Al Serkal Mosque (mandi, rehat)
2. Central Market
3. Phnom Penh Night Market
4. Royal Palace

Antara tempat lain yang boleh pergi kalau melawat Phnom Penh:

1. Choeng Ek Genocidal Centre
2. Russian Market
3. Toul Sleang Genocide Museum
4. Jalan-jalan area riverside Sungai Mekong

Done Phnom Penh, dah habis jalan-jalan kitaorg lepak kedai kopi sebab bas dari Phnom Penh ke Siem Reap pukul 11 malam.

Total cost DAY 3

Grab: RM 9.90/each
Makan: RM 23/each

Tips:

Kalau nak naik tuktuk, naik tuktuk Grab bukan tuktuk tepi jalanMakan halal banyak area Masjid.Sementara nak tggu bas boleh lepas kedai kopi 24 hours. Banyak area riverside.

*BTW hari ketiga kitaorg tidur dalam bas, pagi-pagi pukul 6 dah sampai Siem Reap. Sampai-sampai terus check-in Guest House.

Untuk di Siem Reap pagi sampai petang kitaorg tour temple.

One day pass Angkor Wat : USD37/person (RM 148, mahal)

BTW untuk Angkor Wat pass ni dia bukan Angkor Wat sahaja, dia pass untuk semua temple dekat Siem Reap.

Dan jarak temple to temple agak jauh.

Jadi kitaorg ambik pakcik tuktuk for one day untuk tour temple.

Seorang USD5= RM 20/person
*sebab banyak sangat temple, kitaorg lawat mana yang famous

Untuk malam, kitaorg jalan-jalan night market.

1. Art Centre Night Market
2. Old Market
3. Angkor Night Market

Tips:

Kalau travel betul-betul bajet, takyah pergi Angkot Wat but it is worth it for once in a lifetime experience.Makanan halal area Angkor Night Market, boleh jalan.Kena try “Daging Lembu Naik Bukit”, a must try dishes in Siem Reap! Boleh contact Hafiz, untuk tuktuk.

Total cost DAY 4

Angkor Watt: RM 148/person
Tuktuk tour temple: RM 20/person
Grab/tuktuk: RM 7.10
Makan: +- RM 20
Dormpoint Hostel: RM 9/person

Total per person DAY 4: RM 201. 10/person

Kitaorg naik bas dari Siem Reap pukul 8 am, sampai Bangkok (Khaosan Road) pukul 6.30 pm.

Time lalu imgresen Cambodia – Thailand nanti pakcik bus guide. Kalau weekend berjam jugak la dekat imgresen tu.

Then sampai terus check in Guesthouse area Khaosan Road.

Sebab smpai dah malam, kitaorg cuma sempat pergi Khaosan Road dengan 7e.

Kitaorg jalan-jalan area Bangkok, ini tempat yang sempat pergi:

1. Klong Lat Mayom Floating Market
2. Wat Arun (Entrance: RM 6. 80)
3. Flower Market
4. Asiatique

Untuk ke Asiatique, ada banyak transportation, kitaorg decide nak MRT > BTS Sky Train > free shuttle boat.

Makanan dekat Asiatique memang gempak tapi malangnya, bukan harga manusia. Nasi goreng sepinggan 200 baht.

Total cost DAY 6 per person

Prasuri Guesthouse @ Bangkok (2 hari): RM 40/person
Grab/MRT/BTS: RM 28.19/person
Wat Arun: RM 6.80
Makan: RM 27

Total per person DAY 6: RM 101.99

Hari ni pun agak sendu, kitaorg cuma keluar makan, tengahari gerak Airport.
Kitaorg naik flight Thai Lion Air ke Hatyai, RM 65.
Nak jimat, dari Khaosan Road kitaorg naik bas A4 (50baht) untuk ke airport (1 hr).
Then mereput dekat Airport, flight pukul 9 pm.

Sampai Hatyai dlm pukul 10, check in hotel, tidur.

*BTW from Hatyai Airport nak ke City Centre agak jauh, naik Grab share 4 orang (52bath/person) atau naik minivan (60baht/person).

Sc Heritage Hotel.

Pagi-pagi untuk breakfast, kitaorg gerak Chabura Dimsum.

Then jalan-jalan 7e, pukul 3 pergi KhlongHae Seafood Buffet.
(239 bath/person = RM 38/person)

*murah gila ada scallops ada siakap ada udang galah ada semua WAJIB DATANG!

Total cost DAY 8 per person

Grab: RM 12.30
Makan Chabura Dimsum: RM 17.60
Makan Seafood Buffet: RM 38

Total per person day 8: RM 67.79

Pagi breakfast dekat Kimyong Market (boleh jalan kaki dari hotel).

Next, naik Grab ke Hatyai Train Station, nak balik Padang Besar.

Total cost DAY 9 per person

Sc Heritage Hotel (2 malam): RM 42/person
Grab : RM 2.70/person
Train ticket Hatyai – Padang Besar: RM 6. 80/person
Makan: RM 5/person

Total per person DAY 9: RM 56.50

Sampai MALAYSIAAA!

TOTAL PER PERSON FOR 9 DAYS:

Transportation: RM 419
Hotel: RM 120.75
Grab/bus/MRT: RM 105.19
Makan-Makan: RM 155.60
Entrance/tour: RM 219.80

TOTAL PER PERSON:RM 1,020.34(*ops lebih sikit)

Tips:

Sim boleh beli dekat Klook.Jangan lupa beli travel insurance, beli awal lagi murahKalau nak withdraw duit, cari atm bank Malaysia (CIMB, Maybank) kalau tidak charge RM 40+.Bawak maggi.

You may be interested in:

Must Read

Related News