HomeEntertainmentIsu Terdapat Acrylamide & Glicidol Dalam Produk Biskut, Ini Penjelasan Penuh Daripada...

Isu Terdapat Acrylamide & Glicidol Dalam Produk Biskut, Ini Penjelasan Penuh Daripada KKM

Cover image via
Bernama
& Hup Seng (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberikan perkembangan terkini isu pencemaran acrylamide dan glycidol susulan laporan oleh CHOICE Magazine di dalam laman web Majlis Pengguna Hong Kong (The Hong Kong Consumer Council).

Laporan itu juga menyatakan terdapat 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut, yang dijual di pasaran Hong Kong mengandungi acrylamide dan glicydol.

Antara jenama yang disenaraikan termasuk jenama biskut Hup Seng, Jacobs dan Julie’s yang turut dikilangkan di Malaysia.

Menurut International Agency for Research on Cancer (IARC), acrylamide dan glicidol merupakan bahan karsinogen dan boleh memberi risiko kepada kesihatan manusia.

Acrylamide
adalah bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan atau penyediaan makanan. Namun bahan pencemaran tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang bersesuaian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemantauan yang dijalankan oleh KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah dilakukan sejak 2015 lagi.

Hasil pemantauan bagi produk biskut di pasaran tempatan termasuk jenama terlibat, BKKM mendapati tahap purata acrylamide adalah 246 ug/kg (mikrogram per kilogram) iaitu di bawah paras (benchmark level) yang ditetapkan oleh European Union (EU) Commission Regulation iaitu350 ug/kg.

BKKM turut menjalankan penilaian risiko ke atas acrylamide dan glycidol dalam makanan dan ia menunjukkan risiko kesihatan terhadap acrylamide dan glycidol melalui pengambilan biskut adalah rendah.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut menjelaskan, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Pengguna juga boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat isu-isu berkaitan keselamatan makanan.

You may be interested in:

Must Read

Related News