Bosan makan nasi? Ini masanya untuk anda tukar selera. Sedapnya kalau dapat makan mee kari panas-panas ni!

Rasa kuah pedas-pedas berlemak, so creamy… Ditambah lagi dengan bahan-bahan lain dan tauhu kering, memang nikmat! Confirm dua tiga kali tambah.
Jom belajar resepi baru yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Cik Puan Julieta.
Bahan yang diperlukan:
Bahan utama:
Cara penyediaan:
1. Kisarkan bawang besar, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
2. Untuk kuah kari, panaskan minyak dalam periuk. Kemudian, tumiskan serai yang telah diketuk.
3. Selepas itu, masukkan dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
4. Setelah itu, letakkan santan dan masukkan ayam. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali, masukkan tauhu kering dan fish cake ke dalam kuah.

6. Untuk sambal, rebuskan segenggam cili kering. Kemudian, kisarkan bersama sebiji bawang besar.
7. Tumiskan sambal sehingga pecak minyak. Kemudian, perasakan dengan garam dan gula.
8. Untuk mee, celurkan seketika supaya mee masak sepenuhnya.
9. Celurkan sawi, taugeh dan kacang panjang. Angkat, toskan dan hidang!

Mee kari yang beraroma dan menggamit selera telah pun siap dihidang. Jangan lupa cuba resepi ni tau guys. Selamat menjamu selera!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!



