Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Pelan Pemulihan Negara’ & 4 Fasa Peralihan PKP

0
267

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa dari kemelut pandemik Covid-19

Image via Berita RTM (Facebook)

Kerajaan telah merangka pelan ini dengan membuat pertimbangan sebaik mungkin bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah untuk melindungi nyawa dan memastikan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

Strategi Pelan Pemulihan Negara ini merangkumi empat fasa dan akan melibatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat. 

Setiap fasa pelan pemulihan ini berpaksikan kepada data yang bersandarkan tiga indikator ambang utama ataupun threshold untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

Kerajaan akan menimbang peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua PKP setelah:

Purata kes harian Covid-19 menurun di bawah 4,000 kes;

Sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana; dan

10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Utusan Malaysia

Fasa Kedua merupakan kesinambungan daripada Fasa Pertama dengan aktiviti sosial dan kawalan pergerakan terus dikawal dengan ketat. Semasa Fasa Kedua:

Kerajaan akan beralih kepada Fasa Ketiga sekiranya berjaya mencapai nilai ambang atau threshold berikut, iaitu:

Purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 2 ribu kes;

Sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi; dan

40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Nilai ambang ini dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir bulan Ogos 2021.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita Harian

Semasa Fasa Ketiga ini:

Kerajaan akan dapat beralih kepada Fasa Keempat sekiranya berjaya mencapai nilai ambang berikut, iaitu:

Purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 500 kes;

Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi; dan

60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Berdasarkan unjuran pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, peralihan ini dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir bulan Oktober 2021.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Sinar Harian

Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: