Zakat Fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu sama ada lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya adalah seperti berikut:
Waktu sunat untuk membayar zakat fitrah adalah sepanjang bulan Ramadan dan afdal untuk dibayar sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri
Jadi berbaki tiga hari sebelum tibanya bulan Ramadan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Dr. Zulkifli Mohd Al-Bakri hari ini memaklumkan kadar serta kaedah bayaran zakat fitrah di setiap negeri untuk tahun 2020.
Dalam satu FAQ yang dikongsikan beliau di laman Twitter rasmi miliknya, ia memaklumkan bahawa kesemua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) di Malaysia akan mengoptimumkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara atas talian untuk memudahkan para pembayar menunaikan kewajipan ini dengan lebih cepat dan selamat.
Sila lihat di bawah untuk soalan lazim serta kadar dan kaedah bayaran zakat fitrah di setiap negeri seluruh Malaysia bagi tahun 2020:
Dalam pada itu, untuk individu yang kurang mahir untuk menggunakan teknologi dan juga tidak mendapat capaian internet, perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui amil masih disediakan oleh hampir kesemua MAIN dan AMz namun ia dilaksanakan pada tahap yang minimum.

