Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mempunyai kesihatan tubuh badan yang sihat adalah idaman ramai orang
Siapa saja tidak suka bukan? Penyakit ini boleh dijangkiti dalam kalangan pelbagai kategori umur tidak kira tua mahupun muda. Sebab itu pentingnya menjaga kesihatan.
Namun, tidak salah kalau kita mencuba beberapa usaha sebagai ikhtiar memulihkannya. Dengan izin Allah SWT, insya-Allah semuanya akan baik saja.
Tular sebuah video di TikTok memaparkan rakaman sebuah keluarga menanam kaki ayah mereka sebagai satu cara merawat penyakit strok telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
@sueee_89 #foryourpage original sound – AHMAD MUHAMMAD
Cuba ikhtiar rawat penyakit strok ayah
Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah keluarga sedang berada di tepi pantai yang tidak diketahui lokasinya.
Kelihatan juga sebuah jentolak sedang mengorek pasir di pantai itu. Difahamkan, ia adalah bertujuan untuk membantu menanam kaki ayah mereka yang menghidap penyakit strok. Kakinya kemudian ditanam dalam pasir yang dikorek.
Cara ini adalah satu ikhtiar yang dilakukan oleh keluarga berkenaan untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Walaupun tidak pasti akan keberkesanannya, tetapi ada juga yang mendedahkan lakukan rawatan sama.
Lihat video lain itu di bawah:
@sueee_89 Membalas kepada @shah_sicario #foryourpage Bintang di Surga – Noah
“Ini salah satu ikhtiar, dulu pun masa abah saya strok pun buat macam ni” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut ada yang berkongsi pengalaman mereka dan datang ke kawasan tersebut untuk membuat rawatan.
Ketika artikel ditulis, video berkenaan telah meraih 3.9M views, 111.5K likes dan 771 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @sueee_89 (TikTok)
Image via @sueee_89 (TikTok)
Image via @sueee_89 (TikTok)
Image via @sueee_89 (TikTok)
Image via @sueee_89 (TikTok)
Semoga cepat sembuh dengan izin-NYA 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik