Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ibu bapa adalah insan yang bertanggungjawab menjaga dan membesarkan kita
Merekalah yang menyediakan kesemua kelengkapan dan keperluan kita. Tanpa mereka kita pasti tidak berjaya seperti sekarang.
Banyak perkara yang melakukan demi menyara hidup kita agar selesa. Sehingga kita sendiri tidak tahu mereka ada kerja sehinga 2 ke 3 pekerjaan demi kita betul tak?
Namun, tular di Twitter apabila seorang individu berkongsi luahan hatinya selepas mendapat tahu pekerjaan si ibu telah mencuri perhatian ramai.
Lihat posting itu di bawah:
“I derhaka ke?” pic.twitter.com/JD6p1AQBgY
— TwtWedding (@twtmalaywedding) November 3, 2022
Terkejut selepas dapat tahu pekerjaan ibu selama ini
Menerusi posting itu, seorang individu meluahkan isi hatinya selepas mendapat tahu perkara yang sukar untuk diterimanya.
Difahamkan, individu tersebut pernah berdepan dengan seorang ayah yang abusive dan suka mendera ibunya sehinggalah lelaki itu menceraikan ibunya. Dia dan adik-beradiknya kemudian dijaga oleh ibunya selepas kes itu.
Walaupun mereka hidup susah kerana ibunya adalah seorang ibu tunggal, namun dia memberitahu ibunya itu adalah seorang yang berkerja kuat untuk menyara dia dan adik-adiknya.
Sehinggalah satu hari dia mendapat tahu rupa-rupanya ibunya itu bekerja sebagai placr untuk menanggung mereka. Perkara itu membuatkan dia merasa kesal dan jijik kerana tidak menyangka ibunya akan melakukan kerja itu. Malah, dia meluahkan adakah dia derhaka kerana tidak suka perbuatan si ibu walaupun dia sudah menyaranya sehingga masuk ke alam universiti.
Image via Twitter
Gambar sekadar hiasan.
Image via Liputan6
“I don’t think she had a choice back then. Please try and understand her. Manusia memang buat silap” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen ada yang mengecamnya dan ada juga yang memberi pandangan mereka mengenai perkara itu.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 1,246 retweets, 1,160 quotes tweets dan 2,753 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Kita tak tahu apa yang mereka lalui, semoga ada penyelesaian yang lebih baik untuk si ibu dan anaknya 🙂
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik