HomeEntertainment"Hidden Gem" - Ini Antara Aktiviti Seronok & Best Yang Boleh Anda...

“Hidden Gem” – Ini Antara Aktiviti Seronok & Best Yang Boleh Anda Lakukan Di Gamuda Cove

Cover image via
@shaiffsi_re_gar (Instagram)
, @motomaniacmalaysia (Instagram)
, @lune1210 (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tempat ini bukan saja mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh dicuba, malah harga setiap permainan juga sangat berbaloi.

Lokasi Gamuda Cove terletak di Dengkil, Selangor. Semua aktiviti sesuai untuk kanak-kanak sehingga orang dewasa. Tunggu apa lagi? Jom kita terokai Disovery Park di Gamuda Cove ini!

Haa, kepada sesiapa yang tidak takut kepada ketinggian dan tidak gayat. Anda boleh cuba menaiki Cove Aerobar. Anda dapat menikmati pemandangan daripada ketinggian 35 meter dari paras laut.

Selain itu, anda juga boleh membeli makanan di kafe mereka untuk dibawa naik ke atas makan sambil menikmati pemandangan. Harga bermula daripada RM35 saja. Tunggu apa lagi? Sangat instagrammable tau!

Untuk aktiviti ini, terdapat dua bahagian tempat iaitu untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Sebanyak 57 cabaran yang anda perlu tempuhi di sini. Antaranya giant swing, abseiling dan pelbagai lagi cabaran yang menarik.

Tunggu apa lagi? Jom cabar diri anda dengan aktiviti ini. Sesuai untuk kanak-kanak juga tau. Jangan risau, ketinggian untuk bahagian kanak-kanak adalah lebih rendah.

Berita baik untuk penggemar ATV, di Gamuda Cove juga menawarkan aktiviti ATV dengan trek tersendiri. Satu kenderaan boleh dinaiki oleh dua orang. Jom pair up dengan partner anda untuk feel adventurous!

Siapa yang skil menunggang motosikal, anda boleh meluangkan masa untuk berlatih di sini juga. Ajak kawan-kawan anda.

Untuk yang tidak gemar aktiviti lasak, anda juga boleh memilih untuk berbasikal atau menaiki skooter di sana.

Aktiviti ini sangat sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak. Anda anda menaiki kenderaan yang disediakan untuk masuk ke dalam Paya Indah Wetland.

Anda juga dapat mengeksplor Bamboo Trail, Tasik Sendayan dan Rumah Melayu seperti di safari tour. Menarik bukan?

You may be interested in:

Must Read

Related News