@ainuntazrie (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebagai seorang bapa, sudah tentu setiap orang mahukan yang terbaik buat keluarga mereka sendiri terutamanya kebahagiaan anak-anak.
Selain daripada menyediakan tempat tinggal, makanan, dan kelengkapan asas rumah, keperluan anak-anak seperti mainan juga penting untuk tumbesaran mereka.
Namun, bukan semua orang mampu untuk membelikan mainan mahal-mahal untuk anak. Seperti kisah seorang lelaki ini yang hanya mampu belikan plastik untuk anak-anaknya telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dikongsi oleh @ainuntazrie, kelihatan lelaki itu meluahkan hasrat untuk membelikan mainan buat anak-anaknya di rumah.
Namun, mungkin kerana belum berkemampuan seperti orang lain, dia akhirnya masuk ke dalam sebuah premis dan pergi ke ruang plastik.
Menurutnya, dia membeli plastik sebagai ganti kepada alat permainan anak-anaknya. Apa yang membuatkan dia sebak adalah apabila kedua orang cahaya matanya dilihat menyukai pemberian tersebut dan seronok bermain plastik bersama-sama.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 39.7K tontonan, 4.6K tanda suka dan 177 perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memberikan kata-kata positif serta doa buat lelaki itu dan keluarganya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


