@dalilaazmi47 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mereka sememangnya terkenal dengan perangai panjang akal dan banyak kerenah. Perangai nakal mereka juga akan membuatkan para ibu bapa merasa geram.
Sama seperti video yang tular di TikTok apabila seorang budak kecil dilihat sedang meneran semasa membuang air besar telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak sedang bermain di halaman rumah sambil memegang pistol mainan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat kantoi membuang air besar. Aksinya itu sempat dirakam oleh ibunya. Ramai terpikat dengan wajah dan reaksinya yang tampan dan comel semasa meneran.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.6M tontonan, 166K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi wajah budak lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: