Hampir Ditelan Bumi Gara-Gara Tanah Jerlus, Kegigihan Dua Wanita Ini Cetus Tawa Ramai

0
206
Cover image via
@aifaazlan92 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Fenomena alam ini dikenali sebagai tanah jerlus. Apabila anda berjalan di kawasan ini sememangnya ia akan menjadi sangat renyah dan melecehkan.

Seperti sebuah insiden yang berlaku baru baru ini berkenaan dua orang wanita bersusah payah meloloskan diri dari tanah jerlus telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu dibawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aifaazlan92, kelihatan dua orang wanita yang terperangkap dalam satu kejadian tanah jerlus.

Dua orang wanita itu mencuba sedaya upaya untuk meloloskan diri daripada fenomena alam tersebut. Terdapat seorang wanita berusia yang merupakan ibu mereka datang membantu.

Namun apa yang lebih melucukan adalah dalam kelecehan tersebut, wanita berusia itu sempat lagi memarahi anaknya kerana berpaut pada pokok kesayanganya.

Pada akhir video tersebut, dua orang wanita itu dilihat sudah pun berjaya meloloskan diri.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 533.8K tontonan, 28.8K tanda suka dan 385 komen.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dua wanita itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

More stories to read: