Guna Apps Scan Muka Macam Selebriti, Sekali Cara Cikgu Ini Cakap Korea Pula Undang Dekah

0
302
Cover image via
@ebtissam751 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak kiralah baik lelaki ataupun perempuan, kita pasti akan terikut-ikut untuk cuba bercakap bahasa Korea selepas saja menonton K-drama.

Tidak terkecuali dengan seorang cikgu lelaki ini apabila dia bermain aplikasi di TikTok untuk scan muka seperti selebriti Korea telah mengundang tawa ramai.

Lihta video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ebtissam751, kelihatan cikgu yang dikenali sebagai Sir Badang itu sedang bermain aplikasi imbas muka seperti selebriti luar negara.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila dia mendapati mukanya iras penyanyi Kim Seok Jin yang merupakan salah seorang ahli kumpulan popular BTS.

Sir Badang terus bercakap bahasa Korea dengan mimik muka seperti sedang berlakon dalam K-drama. Tetapi, seorang pun tidak faham apa yang dia cakap kerana kedengaran seperti sedang mencarut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya mendapat 911.2K views, 141.8K likes dan 2.1K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat kegigihan Sir Badang cuba bercakap bahasa Korea.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: