@mrjenbastik (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Yang peliknya, ada yang sampai menangis sebab nak duduk di sekolah kerana ramai kawan dan tidak mahu pulang ke rumah. Kebiasaannya, kebanyakan budak memang takut untuk pergi ke sekolah terutamanya budak yang baru naik tahun 1.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang budak lelaki mengadu ke ayahnya kerana tidak dilantik menjadi ketua kelas telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang berada di dalam kereta ayahnya selepas tamat sesi persekolahan.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila dia mengadu ke ayahnya kerana cikgu tidak melantik dirinya untuk menjadi ketua kelas. Lebih melucukan lagi adalah apabila dia dilihat menyuruh ayahnya WhatsApp cikgu untuk melantiknya sebagai ketua kelas.
“Abang nak jadi ketua kelas. Cikgu tak pilih abang.”
“Abang takut dengan cikgu, WhatsApp la cikgu Zaim”, katanya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 866K tontonan, 59K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: