Gigih Nak Cuba Buka, Video Mat Salleh Ini Bantai Durian Sampai ‘Hancur’ Buat Ramai Geram

0
220

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Durian merupakan raja buah yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita

Ramai yang menggemari buah ini kerana rasanya yang sedap ditambah pula dengan pelbagai jenis gred yang ada padanya.

Bagi anda yang sudah biasa makan buah ini pasti tahu cara membukanya betul tak? Tapi, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila aksi dua orang mat salleh cuba untuk membuka durian mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

pic.twitter.com/nPRqDf6tEb

— brgsjks (@brgsjks) August 4, 2021

Cuba nak buka durian sampai guna macam-macam cara

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang lelaki sedang merakam diri mereka semasa mahu membuka durian.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah cara mereka mahu membuka durian yang menggunakan pelbagai kaedah. Ada yang cuba melambung durian itu, ada pula yang cuba membalingnya ke bawah lantai dan ada juga yang cuba membukanya dengan menggunakan hammer.

Dia akhir video kelihatan durian itu akhirnya berjaya dibuka selepas beberapa kali cubaan. Malah, isi di dalam buah berkenaan dilihat seperti ‘hancur’ dikerjakan oleh mereka.

Image via @brgsjks (Twitter)

Image via @brgsjks (Twitter)

“Kalau aku dekat sana aku dah tampar mamat tu” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram mereka melihat aksi tersebut. Malah, ramai yang menganggap mereka sengaja lakukan perkara tersebut demi content.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 32.7K views, 283 retweets dan 570 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

dorang senanya tau je bukak durian saja cari fame sbb tau org malaysia suka konten mcm ni haha

— Syed Baik (@shvnf1124) August 4, 2021

Triggered aku tengok

— (@ththaprncs) August 4, 2021

Eihhhhh awat la depa ni gubluks sngt

— heptahydrate (@airunnisa0426) August 4, 2021

aku sangka kan aku dah cukup bodoh. rupanya ada yg lagi bodoh. membazir durian jee

— gojo satoru waifu (@Aartsyqt3littly) August 4, 2021

Aku tgk dia dok baling2 durian tu rasa berapi je ni, rasa nk hempuk durian tu kt dorg dua

— mirinmh (@mirinmh_) August 4, 2021

Kalaula aku dekat sana, dah lama aku tampar kedua2 mamat tu

— RamNubis (@ramthefoodlover) August 4, 2021

kenapa tak baling kat kepala member tu je

— imqiyaa (@imqiyaa) August 5, 2021

geramnya aku tgkkkk. BIAR AKU TOLONG BUKAK LA buduuunyaaa aduiii

— hanishiii (@hanishiii1) August 4, 2021

elok baling durian kat diorang ja , nyirap pulak tengok

— (@mikasawho) August 4, 2021

meh la bang saya bukak. geram lak aku

— hana | GIFTSET MUG (@hanareene) August 4, 2021

Jadi geram pula tengok cara dorang nak buka tu!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: