HomeEntertainment"Ghisau Jatuh" - Berbaju Plastik Sampah Seperti Gaun, Pemuda Ini Syok Miming...

“Ghisau Jatuh” – Berbaju Plastik Sampah Seperti Gaun, Pemuda Ini Syok Miming Lagu Rossa

Cover image via
@nazrulhazric (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Content mereka kadangkala memang menghiburkan netizen. Kegigihan mereka dalam menyerlahkan kreativiti mengikut cara masing-masing tidak dinafikan dapat menarik perhatian umum. Ada yang berlakon, menyanyi, berjoget dan sebagainya.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang pemuda bergaya seperti penyanyi terkenal Indonesia iaitu Rossa telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nazrulhazric, kelihatan dia sedang berada di tepi pantai untuk melakonkan parodi menyanyi.

Lebih melucukan lagi apabila dia memakai plastik sampah hitam yang kelihatan seolah-olah gaun yang cantik. Bukan setakat itu, dia dilihat siap bertopi lagi. Kreativitinya itu ditambah lagi dengan lakonan miming lagu Rossa yang berjudul ‘Hati yang kau sakiti’.

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pemuda itu. Malah, ramai yang memuji bajunya yang kreatif itu.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 335K tontonan, 29K tanda suka dan 1K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News