Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tambahan lagi jika kita terjumpa sesuatu seperti tubuh manusia. Tentu terkejut melihat kejadian itu dan tanpa berfikir panjang terus menelefon polis.
Namun, gempar baru-baru ini pihak polis menjumpai tubuh manusia yang dibalut dengan plastik ditepi jalan telah mencuri perhatian ramai di Twitter.
Lihat posting itu di bawah:
Menerusi posting tersebut, kelihatan beberapa gambar anggota polis sedang berada di lokasi setelah digemparkan dengan penemuan mayat di kawasan itu.
Kelihatan juga pihak polis siap meletakkan pita lokasi jenayah di kawasan itu. Bagaimanapun, selepas sahaja diperiksa bungkusan itu, ternyata itu bukanlah tubuh manusia sebenar.
Tetapi, ia adalah patung manusia digunakan untuk kegiatan seksual ataupun dipanggil sex doll. Difahamkan, patung itu diletakkan berhampiran tong sampah besar di deretan rumah kedai di Seksyen 27, Shah Alam, Selangor.
Lihat sambungan posting di bawah:
Sementara itu tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka sebaik saja melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 9.5K retweets, 11.1K likes dan 257 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter: