@mizi_comel (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Walaupun cara mereka bercakap agak sedikit pelat, namun kesungguhan mereka mahu belajar bahasa Melayu haruslah dipuji.
Seperti video yang tular baru-baru ini apabila seorang gadis Korea tersalah sebut lempeng telah mencuri perhatian orang ramai di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mizi_comel, kelihatan gadis Korea itu sedang berada di sebuah pasar malam sambil gelagatnya dirakam ketika ingin membeli makanan.
Apa yang melucukan adalah apabila dia ingin membeli lempeng, namun tersalah sebut jadi lempang membuatkan ramai tergelak.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mak cik yang menjual lempeng itu dilihat sangat peramah dan fasih berbahasa Inggeris dengan gadis berkenaan untuk memlih menu apa yang special di gerainya.
Malah, mak cik itu siap ingin memberikan lempeng percuma kepada gadis Korea tersebut. Budi pekertinya telah membuatkan ramai memuji mak cik tersebut.
Ternyata, lempeng itu memang sedap dan gadis tersebut sangat menyukainya lebih-lebih lagi apabila dicicah dengan sambal ikan bilis.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun mendapat 948.1K tontonan, 78.9K tanda suka serta 701 perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan cara mak cik itu melayan pelanggannya walaupun dari negara luar.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: