Gadis Kongsi Perbualan WhatsApp Guna Ayat Dalam Filem, Reaksi Si Mak Cik Pula Menghiburkan

0
237
Cover image via @n.iq4h_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sampai ada kalanya tersenyum dan tersengih seorang diri bila dengar ayat cinta yang diberikan itu. Tetapi, ada juga babak yang hingga mengalirkan air mata.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis menggunakan ayat di dalam filem untuk bercerita kepada mak ciknya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@n.iq4h_ jarang sekali nak prank HAHAHAHA #fyp original sound –

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi mesej perbualan antara dia dan mak ngahnya.

Pada awalnya, dia memulakan perbualan itu dengan memberitahu dia membuat air kopi. Namun, apa yang mak ngahnya tidak tahu adalah dia sebenarnya menggunakan ayat dalam sebuah filem untuk bercerita kepada mak ngahnya itu.

Reaksi mak ngahnya memberikan respon setiap ayat yang diberikan ternyata telah menghiburkan hati ramai.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur mereka selepas melihat perbualan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 479.5K views, 72K likes dan 1,407 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: