Gadis Ini Panik Ternampak Lipas, Tapi Tak Sangka Kawan Tendang Terus Terbang Masuk Lift

0
220

Menerusi video yang dimuat naik oleh @archilesoyen, kelihatan gadis tersebut sedang berada di dalam sebuah lif sebelum berpisah dengan kawannya di luar.

Kebetulan, dia ternampak kelibat seekor lipas di atas lantai dan memberitahu kawannya itu. Tetapi, situasi bertukar panik apabila kawannya yang turut terkejut cuba menghalau lipas itu dengan menendangnya.

Lebih mencemaskan, lipas tersebut terus terbang menuju ke tempat gadis itu berada. Kemudian, pintu lif pun tertutup sebaik saja ia masuk ke dalamnya membuatkan gadis berkenaan menjerit sekuat hati.