IPOH: Ahmad Faizal Azumu menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri besar Perak kepada Sultan Nazrin Shah hari ini.
Beliau berkata, surah itu diserahkan selepas beliau menghadap Sultan Perak pada 3 petang tadi.
“Bagi pihak diri saya dan seluruh barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, saya ingin menyampaikan rasa penghargaan tidak terhingga kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahmad Suaidi Abdul Rahim, seluruh warga pentadbiran kerajaan Perak, jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di Perak.
“Tentunya pengalaman ini adalah sesuatu yang amat bermakna, penuh dengan pelbagai cabaran,” katanya pada sidang media di Laman Darul Ridzuan hari ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL

