Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mereka perlu menghantar parcel ke rumah pelanggan dalam masa yang ditetapkan. Dalam masa yang sama, rider juga banyak menghadapi cabaran seperti dikejar anjing dan sebagainya.
Sama seperti posting yang viral di Twitter yang memaparkan seorang rider membuat status penghantaran yang lucu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang rider sedang menjalankan tugasnya untuk menghantar parcel ke rumah pelanggannya.
Apa yang melucukan adalah apabila rider itu dilihat mengemas kini status penghantaran dalam Shopee. Parcel berkenaan tidak sampai ke tangan pelanggan kerana rider itu dikejar anjing.
“Kurir dikejar anjing” – status penghantaran dalam Shopee.
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai pula yang memberikan reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter: