Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna bernama @walawa.__, kelihatan gadis itu sedang menaiki sebuah Grab untuk menuju ke destinasinya.
Tetapi, apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia berkongsi gelagat pemandu Grab tersebut yang agak berbeza daripada pemandu lain yang ditemuinya sebelum ini.
Rupa-rupanya, pemandu itu bukan saja sedang melihat aplikasi nagivasi pada telefonnya, malah dia juga dilihat gigih membuat panggilan video bersama seseorang yang dipercayai kekasihnya.
Oleh sebab itu, gadis berkenaan kagum dan memuji effort pemandu tersebut dalam menjaga hubungan bersama buah hati walaupun sibuk bekerja.