HomeNEWSDr M: Belanjawan tiada pendekatan jelas atasi kemiskinan pekebun, nelayan

Dr M: Belanjawan tiada pendekatan jelas atasi kemiskinan pekebun, nelayan

Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad merasa sukar untuk menyokong Belanjawan 2021 kerana walaupun peruntukan ditambah, tidak ada penjelasan berkenaan bagaimana kemiskinan pekebun dan nelayan akan diatasi.

Katanya, belanjawan kali ini juga tidak mensasarkan penambahbaikan dasar pertanian sedia ada.

“Setakat saya tahu kebun kecil masih kecil dan peruntukan hanya untuk subsidi. Maka akan miskinlah pekebun kita selama-lamanya,” katanya ketika membahaskan RUU Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

“Cara nelayan kita tangkap ikan akan meneruskan mereka sebagai golongan miskin. Nampak pendekatan kerajaan terhad kepada memberi elaun dan menambah elaun.”

Berita lanjut menyusul

Must Read

Related News