HomeEntertainment"Dora The Explorer" - Anak Bongsu Buat Hal Rebonding Rambut, Balik Rumah...

“Dora The Explorer” – Anak Bongsu Buat Hal Rebonding Rambut, Balik Rumah Mak Ayah Terkedu

Cover image via
@kakagojes (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, anak bongsulah yang menjadi penghibur tersebut. Ada saja telatah mereka yang membuatkan adik-beradik ketawa. Dalam masa yang sama, mereka jugalah yang sering membuat perkara yang tidak dijangka.

Seperti sebuah video ini yang memaparkan aksi seorang pemuda yang pergi memotong rambut telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi perkongsian video daripada @kakagojes, kelihatan adik bongsunya itu baru saja balik daripada kedai gunting rambut.

Apa yang mencuit hati adalah, adiknya itu pada mulanya telah meminta izin kepada si ayah untuk pergi memotong rambutnya yang panjang.

Rupa-rupanya, dia balik rumah dengan imej rambut yang sudah di rebonding persis seperti wanita. Malah, ada yang menggelarnya Dora The Explorer.

Bukan itu saja, kedua-dua ibu ayahnya juga dilihat tercengang ketika pemuda itu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dia juga sempat melibas rambutnya ala gaya flip hair.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 558.2K views, 28.8K likes serta 1K shares di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan pemuda itu yang seolah-olah bangga berjaya membuat rebonding rambut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News