Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ia merupakan salah satu masalah yang memalukan dan tidak diingini oleh sesiapa pun. Namun, kebanyakan daripada kita pernah mengalaminya.
Menurut Colgate, mulut kita dipenuhi dengan bakteria dan nafas berbau biasanya disebabkan oleh mulut yang kurang bersih. Makanan sering terperangkap antara celah-celah gigi dan menjadi tempat pembiakan bakteria. Apabila kawasan ini tidak dibersihkan, nafas berbau boleh terjadi.
Tular baru-baru ini, seorang doktor di TikTok telah mengajar cara-cara untuk mengetahui bau mulut sendiri mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Menerusi perkongsian video daripada Dr. Allen atau pun dikenali sebagai Botak Dentist, kelihatan dia menunjukkan beberapa cara untuk mengetahui bau mulut kita sendiri.
Cara yang pertama adalah jilat bahagian belakang pergelangan tangan. Kemudian, biarkan bahagian itu kering selama 5 hingga sepuluh saat. Langkah yang terakhir adalah kita perlu mencium baunya.
Dari situ, kita boleh tahu sama ada mulut kita berbau busuk atau tidak.Perkongsian Dr. Allen ternyata berjaya mendapat perhatian daripada netizen di TikTok.
Susulan tularnya video perkongsian Dr. Allen yang kini telah meraih 808.4K views, 40.9K likes dan 1.3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut mencuba cara-cara yang diajarnya.
Malah, ramai pula yang meninggalkan komen-komen lucu kerana tidak tahan dengan bau mulut mereka sendiri.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: