HomeNEWSDitahan bawa USD18,000, bekas presiden Honduras nafi miliknya

Ditahan bawa USD18,000, bekas presiden Honduras nafi miliknya

Bekas presiden Honduras Manuel Zelaya berkata beliau ditahan di lapangan terbang secara “tidak adil” kerana membawa wang tunai USD18,000. (Gambar Facebook)

TEGUCIGALPA: Bekas presiden Honduras Manuel Zelaya berkata pada Jumaat, beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Toncontin secara “tidak adil” kerana membawa wang tunai USD18,000.

Bagaimanapun, beliau menafikan wang tunai itu miliknya.

“Saya tidak tahu asal usul wang itu. Jelas seseorang memasukkannya ke dalam barang kepunyaan saya. Saya sudah melakukan lebih 400 perjalanan dan tahu tidak boleh membawa wang sebanyak itu. Siasatan perlu dilakukan untuk menyiasat siapa yang memasukkan wang itu ke dalam barang kepunyaan saya,” kata Zelaya kepada media tempatan.

Terdahulu, Zelaya menulis dalam Twitter yang beliau “ditahan secara tidak adil”.

“Sebabnya, satu bungkusan wang bernilai USD18,000 yang bukan milik saya,” kata Zelaya.

Jurucakap kepada jabatan pendakwa raya Honduras berkata Zelaya “tidak ditahan”.

“Apa yang berlaku termaktub dalam undang-undang, yang bermaksud mendokumentasikan (apa yang berlaku), selepas siap dan ditandatangani bekas presiden Zelaya yang mana beliau menyatakan wang itu bukan milik, beliau akan dibebaskan,” kata jurucakap Yuri Mora kepada Reuters.

Zelaya memimpin Honduras dari 2006 hingga 2009.

Must Read

Related News