“Depan Mata” – Wanita Terhibur Tengok Suami Cari Penutup Tabung Tak Jumpa Ini Bikin Dekah

0
196
Cover image via
@ririnar24 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kadangkala kita terlupa dimana letaknya kunci kereta, cermin mata dan juga pin tudung. Stres betul nak mencari walaupun sebenarnya benda itu di depan mata kita sahaja.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini berkenaan seorang lelaki tidak menjumpai penutup tabung yang dicarinya telah menghiburkan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ririnar24 Please help my husband find the tabung cover ? @anissulasaadofficial original sound – RirinaR24

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ririnar24, kelihatan seorang wanita sedang merakam suaminya yang mencari penutup tabung.

Namun, apa yang melucukan adalah apabila sebenarnya penutup tabung itu berada betul-betul di hadapan mata suaminya tetapi malangnya dia tidak nampak. Wanita itu jelas terhibur melihat gelagat suaminya yang nampak sangat stres kerana tidak menjumpai penutup tabung tersebut.

Mujurnya, suaminya itu akhirnya menjumpai penutup tabung tersebut.

Ekoran tularnya video tersebut yang kini telah meraih sebanyak 3.2M tontonan, 370.9K tanda suka dan 4.9K perkongsian, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.

Malah, ada juga netizen yang terhibur dengan wanita tersebut yang ketawakan suaminya tidak menjumpai penutup tabung.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: