Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Danish Harraz merupakan chef cilik yang terkenal dengan bakat memasak pada usia yang muda

Malah, dia juga mempunyai minat yang mendalam terhadap masakan sejak kecil lagi. Setiap resepinya akan dikongsikan melalui sosial medianya iaitu Instagram, Twitter dan YouTube. Disebabkan perkongsian resepinya yang viral, Danish sering dijadikan sebagai sumber insipirasi kepada masyarakat.
Namun begitu, akaun Twitter Danish Harraz telah digodam dan dipadam baru-baru ini
Walaupun Danish telah pun mengaktifkan 2 factor authentication di akaun Twitternya, perkara ini juga tidak menghalang seseorang itu untuk berbuat jahat. Danish sendiri tidak tahu siapa pelakunya, tahu-tahu akaun Twitternya dah hilang. Seorang gadis pemilik akaun Twitter @theiliaqilah memuat naik gambar screenshot perbualan antara dia dan Danish Harraz mengenai perkara tersebut.
Lihat gambar di bawah:


“Dengan budak kecik pun nak sakit hati?” – Netizen
Ramai netizen yang turut bersimpati dengan keadaan ini. Bayangkan budak kecil tidak membuat sebarang kesalahan tetapi ada juga yang dengki. Pada akhirnya, Danish juga yang meminta maaf andai dia pernah menyakiti hati sesiapa tanpa sedar.
Kesian dia. Buat benda baik pun kena macam ni.
— ili – (@theiliaqilah) March 14, 2021
Kalau budak tu bermasalah, mungkin boleh faham. Tapi all the kid did is bake cookies and help migrants workers. Itu pun nak dengki???? amende
— ili – (@theiliaqilah) March 14, 2021
Kann. People be mean out of nowhere..kesian dia
— ili – (@theiliaqilah) March 14, 2021
Really sad that there are people like this out there. Danish never disturbed anyone and just did his own thing, even that can make them jealous of his hard earned success.
— Jo Anne Marie (@joey8001) March 14, 2021
The fact that Danish yang kena say sorry even kerja dia just bake buat cookies tolong org haih Terkejut jugak haritu tgk hmm
— ain jual Kayman Beauty (@yourskinpal_) March 14, 2021
Kita doakan semoga Danish Harraz kuat dan tabah menghadapi ujian. Ingat, tak baik dengki-dengki orang!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang



