Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak masuk akal namun itulah realitinya apabila seorang pengguna di Facebook mengiklankan sebuah motosikal yang telah dibaik pulih semula pada harga RM15,000
Jika sebelum ini motosikal Yamaha RX-Z dijual pada harga yang tidak masuk akal sehingga RM60,000 kini giliran ‘kapcai’ Honda EX-5 Dream pula mencetuskan perang harga di media sosial.
Menerusi satu posting dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Syazwan, keadaan motosikal berwarna merah itu sangat menarik kelihatan seperti ‘baru keluar kilang’ dengan beberapa bahagian masih dibaluti dengan plastik.
Menurut penjual dari Cheras, Kuala Lumpur itu, jika sebelum ini ada yang menawarkan motosikal jenis berkenaan pada harga RM10,000 dan kini dia pula menawarkan pada harga RM15,000.
Lihat gambar penuh motosikal tersebut di bawah:
Image via Ahmad Syazwan (Facebook)
Image via Ahmad Syazwan (Facebook)
Image via Ahmad Syazwan (Facebook)
Image via Ahmad Syazwan (Facebook)
Image via Ahmad Syazwan (Facebook)
Image via Ahmad Syazwan (Facebook)
Image via Ahmad Syazwan (Facebook)
Hasil tinjauan di ruangan komen di media sosial pula mendapati, perkongsian itu telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat motosikal berkenaan
Rata-rata netizen menyifatkan harga ‘kapcai’ itu sangat kapitalis dan tidak masuk akal. Malah, ada juga yang mencuba ‘nasib’ turut menjual motosikal masing-masing di ruangan komen.
Berikut di bawah antara komen menarik yang ditinggalkan netizen:
Image via Facebook Ex5 group (high power/dream)
Image via Facebook Ex5 group (high power/dream)
Image via Facebook Ex5 group (high power/dream)
Image via Facebook Ex5 group (high power/dream)
Apa pendapat korang? Ada ke ‘pemberani’ yang ingin membeli kapcai ini nanti atau korang rasa ia sekadar gimik semata-mata daripada penjual 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik