Cover image via
@midho008 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah tentu, ada juga yang membelinya kerana ingin menolong dan merasa kasihan kepada peniaga ini yang sanggup berdiri di tengah panas demi mencari rezeki.
Lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila gelagat seorang gadis yang ingin membeli jeruk mangga di salah sebuah lampu isyarat telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan gadis sedang berada di dalam kereta sambil menunggu lampu isyarat.
Namun, salah seorang daripadanya ternampak peniaga yang menjual jeruk mangga di traffic light dan membuatkannya ingin membeli. Kelihatan peniaga tersebut memakai kostum Spiderman sambil menjualnya.
Tetapi, disebabkan jalan raya sangat bising dan takut kesuntukan masa, gadis itu dengan selamba menggunakan mikrofon untuk memanggil abang Spiderman kerana takut dia tidak mendengarnya. Situasi itu membuatkan rakan-rakannya yang lain turut tergelak.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu. Malah, ramai memberikan pelbagai idea untuk menggunakan mikrofon itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 162.9K views, 20K likes dan 301 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: