Demi cinta, Mick Jagger hadiahkan rumah RM7.7 juta kepada kekasih

0
183
Hamrick telah memutuskan untuk menetap di rumah tersebut bagi memberikan sepenuh perhatian kepada anak lelaki mereka, Devereaux. (Gambar AFP/ Instagram)

Istimewa buat kekasihnya Melanie Hamrick, 33, dan anaknya, legenda rock Sir Mick Jagger, 77, telah membeli sebuah rumah agam bernilai RM7.7 juta sebagai hadiah Krismas tahun ini.

Dengan keluasan 8,400 kaki persegi, rumah yang terletak di Sarasota dan bersebelahan tasik itu memiliki empat bilik tidur.

Hamrick yang juga penari balet, selepas meninggalkan American Ballet Theatre pada tahun lalu, telah memutuskan untuk menetap di rumah tersebut bagi memberikan sepenuh perhatian kepada anak lelaki mereka, Devereaux, empat tahun.

Dikhabarkan, pemilihan kawasan perumahan tersebut dibuat berdasarkan sistem keselamatan serta privasi yang terjaga.

Sememangnya situasi pandemik yang menimpa dunia telah mengeratkan lagi hubungan percintaan penyanyi utama The Rolling Stones itu dan Hamrick. Malah, terdapat tanda-tanda pasangan itu mungkin akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Jagger bertemu dan mula berkenalan dengan Hamrick pada 2014 selepas kematian kekasih terdahulu, L’Wren Scott. Dia itu turut memiliki hartanah di kepulauan peribadi Mustique, Los Angeles, dan istana klasik Perancis, La Fourchette.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]