Siapa yang pernah kerja retail mesti faham situasi bila terpaksa hadap customer dengan hati yang tak rela
Kerja retail itu buat apa? Kerja retail atau peruncitan ini melibatkan pemasaran produk baik barangan dan perkhidmatan. Ada pelbagai jenis pekerjaan di bawahnya sama ada menjadi cashier, serve customer, susun-susun dan kira stock, promote barang serta service, dan banyak lagi.
Image via Google
Nampak mudah tapi sebenarnya banyak ‘cekadak’ juga sebab yang kerja bahagian retail ini kena bekerja dengan manusia, bukan dengan mesin. Setiap masa kena mengadap manusia yang pelbagai gaya dan bahasa.
Bagusnya kerja retail ini ialah ia mengajar kita adab sopan-santun dan banyakkan bersabar. Disebabkan kena berdepan dengan banyak kerenah dan banyak ragam jadi haruslah kena tenang, ya tak?
Image via Huff Post
Walaupun kadang-kadang salah customer, kita tetap harus sabar. Nanti tak pasal-pasal dia guna istilah, ‘Customer is always right’, pula. Tapi jangan risau sebab bukan semua orang perangai tak elok.
Lawaknya, baru-baru ini tular video menunjukkan situasi pekerja kedai baju kena hadap customer yang insist suruh cari saiz baju, padahal memang dah habis kot!?
Video tular di laman Twitter itu sebenarnya telah dimuat naik Rico Rinaldi yang juga merupakan seorang pereka fesyen. Dalam video ringkas berdurasi 51 saat memaparkan situasi yang selalu dialami mereka yang bekerja di kedai-kedai baju.
Yang kerja retail je tau (aku baruuuu je kira stocks) pic.twitter.com/M9i2Cg12dY
— Rico Rinaldi (@ricorinaldi) July 8, 2020
Buat yang kerja di kedai baju mesti pernah terpaksa hadap customer yang tegas suruh cari certain saiz baju walaupun memang sudah tiada. Tapi nak buat macam mana, customer punya pasal, maka haruslah layankan saja.
Dalam video tersebut Rico sempat berseloroh kononnya dia pergi mencari baju atas tuntutan pelanggan, walhal dalam tempoh itu banyak benda lain yang dia buat. Siap sempat balik rumah dan tidur lagi!
So far kami still layan baik je semua customer siap bg air lagi. Then ckp apa yg ada kt online tu ada lah kt butik. So diorg pun check online dlm phone terus senang https://t.co/EPH8CtDhei
— Rico Rinaldi (@ricorinaldi) July 8, 2020
Tapi jangan risau sebab Rico kata dia sebenarnya melayan kesemua pelanggannya dengan baik dan video berkenaan hanyalah sekadar suka-suka sahaja.
Walau bagaimanapun, susulan tularnya video tersebut ternyata ramai sebenarnya yang #canrelate dengan situasi ini
Hasil tinjauan di ruangan komen menunjukkan warganet terutamanya yang bekerja di kedai baju pernah mengalami situasi sama iaitu disuruh untuk cari dalam stor sama ada stock saiz baju yang diinginkan ada atau tidak, walaupun dah cakap dah tiada.
Antara komen daripada warganet:
Lagi lagi bila yang masuk kedai bundle pastu tanya baju ni ada size tak……… pic.twitter.com/kMjQ34iK3q
— ain (@asyranazme) July 8, 2020
Habis tu kita ni dah papar stock apa yg available dekat ig , mereka tanya lagi stock yg ni ada lagi tak ? Palekambing taksekolah betul
— ًً (@usrnmeinvlid) July 8, 2020
Ye doh, tu pun pulun suruh aku cari. Pastu suruh call cawangan lain
— Miss Styles (@frhsyzx) July 8, 2020
Sempat tidor datang balik kerje sia , patot lah lame dorang check stock even dah khatam hahaha
— MrKacangPoolYangSuka (@Ha_iril) July 8, 2020
Related gila. Kalau cakap takda tu takda la. Takkan aku nak simpan stock
— harmira (@NurulHarmira) July 8, 2020
Hahahah. Patut lah lambat kalau aku suruh promoter cek size lain, rupenya dia bleh balik tido kat rmh ek
— h4kim3 (@abamkim1) July 8, 2020
Ive been facing this for over 7y! Hahahahahaahah so true! Bila fikir logic nya kenapa nk fikir kita tipu dia sedang kn kita mmg nk jual benda tu? Buat apa nk peram stock pulak kan
— Fie Jebat (@fifieeMaspuan) July 8, 2020
Yang jenis tak percaya cakap staff ni stres bethol saya ke awak yang kerja niiii
— (@sispls_) July 8, 2020
Kalau jenis tanya pastu kata takde dia okay takpe lagi. Cuba kalau kata takde lepastu dia lagi kombah kat tempat lipat tu sebab takpercaya:’)))
— Kia (@zaqirahzainal) July 8, 2020
Dah biasa kena.. sebb cust x nk product display..Sebb nk bagi sedapkan hati dyer..Masuk store kejp..Pastu kuar balik sambil minta maaf..’maaf puan memg tinggal yg display jer sebb stok sampai memg limited, yg ni pon baru semlm display..’Dgr semlm..terus beli
— Dyan Xitt (@nurulfuad2769) July 9, 2020
Patu dh cek bnyk kali pun dia tanya benda sama. Lagi annoying. Penat. Tanya lg & lagi patu cari staff lain suruh cari benda sama. Tak faham betul dh takda tu takda lah, ingat magic ke tetiba ada lain lah kalau tak cek patu baru buka stocks mmg kadang tetiba ada sbb baru dpt
— le najmi (@najmiazlan) July 9, 2020
Kadang2 mmg dah set kan satu table tu or hanging broken size (just tinggal display) kt situ je. Bila cus tanya mmg terus jela aku jawab xde size. Dia suruh aku cari then aku jawab xde just tinggal situ je. Dia claim aku malas nk cari. Mcm dia pulak yg keje situ
— acappp (@asyrafazahaar_) July 8, 2020
Buat pelanggan, percaya sajalah bila pekerja tu kata baju sudah kehabisan stok. Itulah siapa suruh lambat beli!
Image via Giphy
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik


