Dah Janji Nak Bersama, Pemuda Kecewa Dapat Tahu Kekasih Bertunang Dengan Lelaki Lain

0
267
Cover image via
@aimanzuhari (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita sendiri tidak tahu bila akan tibanya jodoh mahupun ajal kita. Sebagai seorang manusia, kita hanyalah boleh berdoa yang terbaik untuk perjalanan hidup kita.

Sudah tentu sukar sekali untuk berpisah dengan seseorang yang kita sayang. Tambahan lagi jika kita sudah merancang mahu bersama dengannya.

Situasi itu sama seperti video seorang pemuda ini apabila dia terpaksa menerima hakikat bahawa pasangannya bertunang dengan orang lain telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di tempat kerjanya sambil dirakam oleh rakannya.

Namun, tidak lama lama kemudian dia mula menitiskan air mata semasa melihat telefon bimbitnya dan cuba menyembunyikan kesedihannya itu.

Difahamkan, dia sepatutnya bakal bertunang dengan kekasihnya pada bulan 5 ini tetapi gadis berkenaan telah pun bertunang dengan lelaki lain.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka masing-masing. Malah, ada juga yang berkata ia hanya lakonan semata.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 318.3K views, 22K likes dan 1,348 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: